Wednesday, February 17, 2010

Sudah Lama Tidak Berblog!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kepada semua pengunjung yang masih berkunjung ke blog zack nie. walaupun setelah sekian lama tidak menulis tetapi kunjungan dan sokongan dari peminat arnab masih tidak putus-putus. zack juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Folowers yang telah mendaftar dan memberikan sokongan kepada Syaziee Agro ini. Zack lame menyepi bukan kerana sudah bersara dari bidang penternakan arnab ini tetapi sedang mencari jalan keluar dari permasalahan berkaitan dengan pembiakan dan pembesaran arnab2 ini. ini adalah kerana kadar kematian anak2 arnab semakin meningkat dari bulan ke bulan, jadi zack telah mengambil langkah mengurangkan baka2 yang ada kepada skala yang kecil dengan tujuan untuk memantau dengan lebih teliti berkaitan permasalahan ini.. alhamdulillah sejak kebelakangan ini semua baka2 arnab yang zack ada semakin pulih dan sudah bersedia untuk dimatekan sekali lagi... Sama sama kita nantikan kelahiran baka2 baru yang lebih sihat dan comel... dan tak dilupakan paling gebu... hehehe.. dibawah merupakan foto2 yang sempat zack capture untuk tontonan anda semua...





















sekali lagi zack ucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan.. sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah hubungi zack. sekian terima kasih...

2 comments:

  1. salam en.zack..arnab kaler putih mate hitam kt ats ni nk jual ker??bpe harge sepasang??ade stok lg x?

    ReplyDelete
  2. hi..i nak tny soklan yg sama dengan majin. arnab kaler putih mate eyeliner hitam tu baka apa n jual braoe harge???

    ReplyDelete