Assalamualaikum..
Kepada semua bloger2, pembaca, pecinta2 arnab dan juga pengkritik sejati.
Post zack kali nie berkaitan dengan isu yang semakin hari semakin banyak yang zack dengar dan bermacam2 pertelagahan dan percangahan pendapat berkaitan arnab ini dari pencinta2 arnab, termasuklah persatuan arnab itu sendiri (MyRPA).
Zack disini bukanlah nak sebelahkan mana2 pihak, tetapi mana2 pihak sekali pun ade baik dan buruknyer, cume disini kita kene kaji adakah baik yang lebih banyak atau buruk yang lebih banyak?.
Perlu diingat bahawa kejayaan itu bermula dari kegagalan. Dan peluang perlu diberikan untuk melihat hasilnya dihujung jalan.
Jadi ulasan zack yang pertama adalah untuk peminat , pecinta arnab dan pembaca setia blog2 arnab ini.
Kita semua boleh diistilahkan sebagai “pengguna” dalam rangkaian cyber ini. Jadi sebagai pengguna kita haruslah bijak memilih dan menilai sesuatu produk itu, samada betol2 berkualiti dan memenuhi citarasa kita sendiri, barulah kita membuat pilihan. Jangan pula kita membuat pilihan dalam keadaan tergesa2, pasti hasilnya pun kurang memuaskan hati kita. Zack rase semua orang pernah mangalami situasi macam niekan?. Jadi kalau dilihat semula dalam situasi diatas, siapa yang patut disalahkan???? Pembeli @ Pengguna?? _________?? . Dan lagi satu yang zack nak pesan kita semua adalah (1Malaysia) apa salahnya kita member ruang dan peluang kepada bangsa kita sendiri untuk membangun.. kita boleh memberi pendapat dan memberi kritikan , tetapi perlu diingat! Member secara berhemah.. dan tunjukkanlah sedikit ciri2 educated yang ada pada diri kita itu.. Jangan member kritikan yang dipenuhi dengan perasaan dendam dan dengki, pasti bunyinya nanti macam orang yang kurang pelajaran.. ( maaf andai terkasar bahasa). Tetapi apa yang zack Nampak semua kritikan itu adalah untuk kebbaikan bersama… Cuma caranye agak kasar.. Jadi sekali lagi zack berseru kepada semua pencinta arnab dan pembaca2 blog agar memberikan kritikan itu secara berhemah.. yakni dengan cara memperkenalkan diri dan memohon maaf terlebih dahulu agar penerima tidak terasa terancam, dan selepas itu barulah diutarakan soalan2 atau kritikan itu…
Seterusnya ulasan zack yang kedua kepada pihak persatuan arnab semalaysia (MyRPA).
Terlebih dahulu zack nak ucapkan Tahniah kerana telah Berjaya menubuhkan persatuan ini. Dan harapan zack agar persatuan ini dapat member i @ menyumbang sesuatu kepada para penternak arnab dan ahlinya. Kepada (MyRPA) zack harap anda semua bersabar kerana segala kritikan dan pendapat samada baik atau kurang baik itu adalah bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa kita menubuhkan persatuan ini adalah untuk semua “pengguna” jadi apa sahaja yang diutarakan perlu diambil serius disamping mempertingkatkan mutu perkhidmatan anda. Selain daripada itu zack rasa pihak MyRPA sendiri perlu mengadakan satu ruangan dimana semua ahli mahupun pencinta arnab diluar sana untuk mengutarakan pendapat dengan cara yang lebih sihat. Sebagai persatuan anda sepatutnya menerimanya untuk kebaikan pada masa akan datang.. jangan cepat melatah.. Zack tahu diluar sana ada pelbagai jenis orang dengan perangai yang berbeza2, jadi pendapat yang diutarakan juga dalam bentuk yang pelbagai .. Jadi pihak MyRPA haruslah membuktikan bahawa anda semua mampu menangani sebarang masalah samada dalaman mahupun luaran seterusnya menjadi sebuah persatuan yang mantap dan membawa kebaikan kepada semua amnya pada masa hadapan…
Sekian wasalam…
AKHIR KATA DARI SYAZIEE AGRO ENT. TAKMO GADO2 DUNIA INI KICIK AJA KALAU SEMUA GADO SAPA MAU JAGA??? HAHAHA.. PEACE NO WAR…
0 comments:
Post a Comment